Monday, 21 December 2015

happy birthday insyirah

harini genap aku berumur 19 tahun 2 hari. wek korang dah nak masuk 20, aku bru 19! hikhik

so, im gonna write some wish for myself

first of all, terima kasih Allah sbb bagi aku masa lagi untuk bernafas di muka bumi ni, utk bertaubat kepada-Mu, terima kasih atas nikmat ini. 

Terima kasih jugak kpd diri sendiri, sbb sentiasa kuat dlm menempuh hidup ni, kuat ke? entah la nak. kuat rasanya hehe. semoga kau terus kuat lagi utk hari hari mendatang, ignore all the bullshits. 

terima kasih kpd ibu ayah, abang me, haziq dan amzar sbb sentiasa support kakak. walaupun korang selalu bahan kak ngah, buli kak ngah tpi dgn suara kak ngah dan support dripada ibu ayah yg sayang kak ngah terlebih, korang yg kena marah balik hehe.

terima kasih kpd kwn kwn rapat, kwn kwn sekolah, kwn kwn matriks, kwn kwn ukm. aku hargai korang, nmpk kdg kdg mcm aku tk layan, tpi aku appreaciate setiap sorang. terima kasih kpd kwn rapat yg sudi dengar setiap kali aku meroyan, setiap kali aku excited, setiap kali aku sedih, setiap kali aku marah, setiap kali aku gedik. aku tkde nak cerita kat org lain, kat kome je. 

terima kasih kpd adee *ya tuhan dedicate je la* walaupun hang kdg kdg annoying, kdg kdg mintak kena maki, tpi ye, aku ni baik budaknya, senang memaafkan orang luls. terima kasih ada kat sisi aku, sentiasa. terima kasih bukak pintu bilik setiap kali aku ketuk, walaupun tunggu lama depan pintu sbb hang pekak. terima kasih sudi layan aku bila dtg bilik, tetiba nangis. aku mmg suka nangis tetiba, hati lembut, kau kena paham kekeke

terima kasih kpd bae, hahahahah bongok aku tkde bae.

bye! 

THANK YOU EVERYONE! IM 19 WOHOOOOOOOO

Tuesday, 15 December 2015

epilog

28.4.2015 (Selasa)

hari terakhir di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Paper akhir pagi tu ialah Ekonomi. Tak sabar, sumpah tak sabar nak keluar dari bilik peperiksaan dan balik ke kompel angkut bag, balik. yup, hari terakhir.. selama hampir setahun di sini, tiba masanya untuk "graduate" dari sini. sedih? keluar dari dewan exam iaitu library, tk rasa sedih pun. gembira. sangat. lepas tu, sedih. keluar je dari dewan, ambik bag. apa lagi, tangkap gambar puas puas dengan practicummates. setiap ceruk tngkp gambar. masuk Pentadbiran (bilik guru) tgkp gmbr dengan pensyarah, ucap terima kasih semua... sedih

lepas hampir 100+ gambar diambil, balik la aku ke kompel. sesi peluk peluk budak kelas untuk ke 10 kali, smbil ucap "im gonna miss you so much" "nnti jumpa" smpai skrang tak penah jumpa balik. kecuali sorang ni sbb kampung dia kat perak, jadi masa raya dia singgah rumah aku. diorang semua budak kl, selangor. aku je sesat perak. 

smpai bilik, tengok roomates tk balik lagi, sakan bergambar. tak ingat nak balik gamaknya. lama lepas tu, diorang balik. tangkap gambar lagi dgn diorang, roomates paling best, sayang rasa nak tinggalkan diorang. dah la jauh jauh, Pahang dengan Negeri Sembilan. sama jugak, smpai skrg tak jumpa :(

aku tolong diorang angkut barang ke bawah as their parents dah sampai. parents aku tak sampai lagi. tiba la masa utk aku berpisah dgn mereka. bye bye dalam kereta, aku sorang je tinggal.... "mana ibu ayah tak smpai lagi huhuhu" 

sekali! bam! dugaan betul la, surat untuk keluar kolej aku hilang. jenuh kena selongkar balik bag bag, akhirnya ye mmg hilang sbb aku rasa aku terbuang masa tgh kemas bilik. terpaksa ke kedai fotostat untuk fotostat baru. nasib roomate adee ada borang tu.

tak lama lepas tu, parents aku sampai. adik adik aku tk ikut, sbb barang aku banyak sangat. dengan meja belajar, laci 2 tingkat, bag baju 4 atau lebih, bag kasut, bag tudung, bag buku...

selesai angkut barang ke bag, ayah start enjin, selepas melepasi pintu utama KMPP, maka secara rasminya aku tamat belajaq di sini. KMPP, forever in my heart, awh.

Monday, 14 December 2015

prolog

26.5.2014 (Isnin)

pertama kali menjejakkan kaki ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Bangga. Memang ni yang aku nak. sejak sebelum SPM, target aku ke KMPP. terpengaruh dengan kakak kakak senior yang kebanyakkannya disini. Alhamdullilah, mmg pilihan pertama aku.

Dalam pukul 7, sementara menunggu Adee dengan keluarganya, aku dengan keluarga aku sarapan di kafe berhampiran dengan library. lama menunggu, tak tiba tiba lagi. jadi, aku beratur dulu untuk masuk ke library utk sesi pendaftaran. semasa sedang menunggu giliran, adee tiba. lega. takde la aku awkward keseorangan disitu.

habis sesi pendaftaran, kami diminta untuk ke kompel. kompel tu asrama la. aku dan adee dapat kompel yang sama iaitu A2 yg bernama Sri Anggerik, cuma berbeza aras. ye, kompel paling jauh, paling hujung. paling dekat dengan padang, nak suruh kami beriadah selalu lah tu. bag semua masih di dalam kereta. family kami pun masih menunggu di library. kami je pergi ke kompel dgn berjalan kaki. mereka kembali semula ke kereta untuk pegi ke kompel. tak kuasa jalan kaki, katanya.

sampai saja di bilik, benda pertama terkeluar dari mulut, "buruknya bilik" kmpp mrupakan salah satu matriks tertua, aku kena redha. tak tgk toilet lagi, tiap minggu aku balik sbb tk snggup nak melabur kat sini hahaha. tu cerita masa mula mula la, lepas tu lek je.

lepas bawak bag barang barang naik atas, mak aku dah pegang mop "meh Ibu mop dulu, kotor beno" terharu....abg adik aku duk isi air dalam baldi, perah mop. aku? sibuk tengok je. takde la, aku keluarkan baju dan letak dalam almari.

selesai kemas bilik semua, turun ke cafe nak makan. aku nak makan? mmg tak la. masa memula mmg susah nak mkn sbb tak biasa. orintasi kat ukm pun aku tak makan. jadi, family aku balik sekejap utk pack barang mereka pula sbb nak balik perak petang tu.

lepas asar, diorang datang balik. tiba la masa untuk aku berpisah dgn diorang. first time aku duduk asrama. first time aku jauh dari diorang utk tempoh yg lama. aku biasa je. tpi, mak aku nangis. aku nangis la sekali. first time mak aku nangis depan aku. mak aku rock, jarang nangis walaupun tgk cite hindustan. ni nangis, tak tahan aku.

lps tu diorang pun balik. aku watlek je. jumpa roomates semua. petang tu start la orientasi di padang. Maka, bermula lah perjalanan hidup aku sbgai pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

we did it!

assalamualaikum and hello guys!

last saturday i went to broga hill. fuhh cantik sangat ya Allah. hilang penat mendaki, bila smpai puncak. kitrang 3 orang dari ukm and lagi 2 orang from unikl. semuanya ex students matriks penang. so, around 4 kitrng dah smpai kat broga. haa tpi ni la masalah pi dgn budak laki, jenuh tunggu diorang. dlm kul 430 rsanya baru la nmpak batang hidung diorang.

oh ye, masuk toilet situ rm1.00 k. aku igt posen posen cis. 

jadi, kami memulakan pendakian pd jam errr entah haha tk tgk jam pulak masa tu. tu diaa, memula dah semput. gelap sgt gelap. ramai ramai tu sorang je bwk torchlight lain semua guna flashlight from handphone. note to self: whenever hiking pls la bring torchlight kalu boleh yg letak kat kepala teruih tu.

yeap, track tu sangat gelap. ada orang tnya aku "ada orang guide ke?" and the answer is nope. but dont worry, dia ada signboard tunjuk direction yg dibawa khas oleh RHB Bank. track dia ok la but ada satu tahap tu quite complicated sbb gelap and tinggi and gayat sbb boleh nampak permandangan bawah clearly. ko jatuh, hbis orng belakang tergolek sama haha. oh ye, masa ni rasanya aku terjatuh and phone pun sama jatuh dlm lecak... takpa..

so alhamdullilah, subuh kitrng dah kat puncak. crowded betul haha, jenuh cari kwsn perlindungan. lepak jap atas tu, tgk bintang, ada meteor!!! aku excited sbb first time tgk huhu. lepas solat semua, tgk sunrise, tngkap gambaq seribu kali, kira dah puas la atas tu, maka turunlah kami ke ground balik.


matahari nak naik dahh

nak dekat kul 9, kami smpai bawah dah. peh baju basah lenjun haha, badan bau kambing seriusss. then, makan mamak sat. dan balik la ke ukm. actually, aku adee tk balik, kitrng pi tgk lain pulak hahaha tu panjang lgi ceritanya hehe


squad of the day!
every week we go hike k guys ihiks

Sunday, 6 December 2015

Nak Inspirasi!

nak inspirasi?
akronim utk nama aku NI, maka jdi la tajuk mcm kat atas hahaha

sesetengah orang perlukan sumber inspirasi untuk lebih semangat nak belajar/ buat kerja.
rebe kan, buat je la keje tu, ni nak sumber bagai.

tk dinafikan jugak, ada sumber inspirasi ni kita jadi lebih bersemangat. ye tak? haha kalu dlm bahasa chemistry, ada catalyst. igt lgi tak catalyst tu apa? haaa 

dri segi istilah sainsnya:

"a substance that increases the rate of a chemical reaction without itself undergoing any permanent chemical change" atau sebagai stimulus(pendorong gituu)

contohnya, masa zaman aku sekolah dulu, maklum la sekolah perempuan, tkde catalyst, tpi bila nak pi tuition, kemain semangat hahahaha. tuition kan ada laki, boleh la buat cuci mata sat lol

pada pendapat aku la, tk salah nak ada inspirasi ni, bagus gak sbb dia beri positive vibe buat kita lebih happy, bersemangat dan teruja? 

sumber inspirasi ni bukan laki je, gatei kome ni. mak ayah tu patutnya dibuat inspirasi. bayangkan kepayahan dan kesusahan deme nak besarkan korang, igt senang ka!

selain itu, orang yang sesuai dijadikan inspirasi ialah tokoh tokoh yg byk beri sumbangan dlm apa jua industri di malaysia mahupun di seantero dunia.

apa yg penting ialah pilihlah sumber inspirasi yang berwibawa, bijak dan kacak kahkah k

salam

Wednesday, 2 December 2015

Appreciate

appreciate.
menghargai.

appreciate ni penting kot, walaupun kita buat something tu ikhlas but deep inside mesti kita nak orang appreciate kan. appreciate tu simpe je. say, "thank you" tu je. susah sangat ke?
kenapa kalu cakap Thank You kena bayar ke?

"it cost RM0.00 to appreciate people"

kadang kadang, kita tak hargai apa yg kita dah ada, sbb kita lebih fokus dengan apa yg kita nak.

contoh, 

kita dah ada baju banyak dah aihhh, berlambak satu almari. but still, rasa tak cukup, still everytime bukak almari duk termenung "nak pakai baju apa la ni, TAKDE BAJUUU *biggest lie* (this is so me)

contoh lain, 

kat cafe dah banyak makanan, ada nasi ayam penyet, nasi kerabu, nasi campur, nasi ayam, nasi arab, sizzling, macam macam la thai food ada, local food ada. but still, "taktau nak makan apaa" mula la nak pizza la, kfc la, mcd, semua benda kita duk craving hehehehe

ni pesanan untuk aku jugak kita kena hargai dan bersyukur dengan apa yg kita ada skrg. pls, appreciate people and yourself too. 

lastly,

"appreciate what you have before it turns into what you had"

:)