Monday, 14 December 2015

prolog

26.5.2014 (Isnin)

pertama kali menjejakkan kaki ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Bangga. Memang ni yang aku nak. sejak sebelum SPM, target aku ke KMPP. terpengaruh dengan kakak kakak senior yang kebanyakkannya disini. Alhamdullilah, mmg pilihan pertama aku.

Dalam pukul 7, sementara menunggu Adee dengan keluarganya, aku dengan keluarga aku sarapan di kafe berhampiran dengan library. lama menunggu, tak tiba tiba lagi. jadi, aku beratur dulu untuk masuk ke library utk sesi pendaftaran. semasa sedang menunggu giliran, adee tiba. lega. takde la aku awkward keseorangan disitu.

habis sesi pendaftaran, kami diminta untuk ke kompel. kompel tu asrama la. aku dan adee dapat kompel yang sama iaitu A2 yg bernama Sri Anggerik, cuma berbeza aras. ye, kompel paling jauh, paling hujung. paling dekat dengan padang, nak suruh kami beriadah selalu lah tu. bag semua masih di dalam kereta. family kami pun masih menunggu di library. kami je pergi ke kompel dgn berjalan kaki. mereka kembali semula ke kereta untuk pegi ke kompel. tak kuasa jalan kaki, katanya.

sampai saja di bilik, benda pertama terkeluar dari mulut, "buruknya bilik" kmpp mrupakan salah satu matriks tertua, aku kena redha. tak tgk toilet lagi, tiap minggu aku balik sbb tk snggup nak melabur kat sini hahaha. tu cerita masa mula mula la, lepas tu lek je.

lepas bawak bag barang barang naik atas, mak aku dah pegang mop "meh Ibu mop dulu, kotor beno" terharu....abg adik aku duk isi air dalam baldi, perah mop. aku? sibuk tengok je. takde la, aku keluarkan baju dan letak dalam almari.

selesai kemas bilik semua, turun ke cafe nak makan. aku nak makan? mmg tak la. masa memula mmg susah nak mkn sbb tak biasa. orintasi kat ukm pun aku tak makan. jadi, family aku balik sekejap utk pack barang mereka pula sbb nak balik perak petang tu.

lepas asar, diorang datang balik. tiba la masa untuk aku berpisah dgn diorang. first time aku duduk asrama. first time aku jauh dari diorang utk tempoh yg lama. aku biasa je. tpi, mak aku nangis. aku nangis la sekali. first time mak aku nangis depan aku. mak aku rock, jarang nangis walaupun tgk cite hindustan. ni nangis, tak tahan aku.

lps tu diorang pun balik. aku watlek je. jumpa roomates semua. petang tu start la orientasi di padang. Maka, bermula lah perjalanan hidup aku sbgai pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment