Tuesday, 15 December 2015

epilog

28.4.2015 (Selasa)

hari terakhir di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Paper akhir pagi tu ialah Ekonomi. Tak sabar, sumpah tak sabar nak keluar dari bilik peperiksaan dan balik ke kompel angkut bag, balik. yup, hari terakhir.. selama hampir setahun di sini, tiba masanya untuk "graduate" dari sini. sedih? keluar dari dewan exam iaitu library, tk rasa sedih pun. gembira. sangat. lepas tu, sedih. keluar je dari dewan, ambik bag. apa lagi, tangkap gambar puas puas dengan practicummates. setiap ceruk tngkp gambar. masuk Pentadbiran (bilik guru) tgkp gmbr dengan pensyarah, ucap terima kasih semua... sedih

lepas hampir 100+ gambar diambil, balik la aku ke kompel. sesi peluk peluk budak kelas untuk ke 10 kali, smbil ucap "im gonna miss you so much" "nnti jumpa" smpai skrang tak penah jumpa balik. kecuali sorang ni sbb kampung dia kat perak, jadi masa raya dia singgah rumah aku. diorang semua budak kl, selangor. aku je sesat perak. 

smpai bilik, tengok roomates tk balik lagi, sakan bergambar. tak ingat nak balik gamaknya. lama lepas tu, diorang balik. tangkap gambar lagi dgn diorang, roomates paling best, sayang rasa nak tinggalkan diorang. dah la jauh jauh, Pahang dengan Negeri Sembilan. sama jugak, smpai skrg tak jumpa :(

aku tolong diorang angkut barang ke bawah as their parents dah sampai. parents aku tak sampai lagi. tiba la masa utk aku berpisah dgn mereka. bye bye dalam kereta, aku sorang je tinggal.... "mana ibu ayah tak smpai lagi huhuhu" 

sekali! bam! dugaan betul la, surat untuk keluar kolej aku hilang. jenuh kena selongkar balik bag bag, akhirnya ye mmg hilang sbb aku rasa aku terbuang masa tgh kemas bilik. terpaksa ke kedai fotostat untuk fotostat baru. nasib roomate adee ada borang tu.

tak lama lepas tu, parents aku sampai. adik adik aku tk ikut, sbb barang aku banyak sangat. dengan meja belajar, laci 2 tingkat, bag baju 4 atau lebih, bag kasut, bag tudung, bag buku...

selesai angkut barang ke bag, ayah start enjin, selepas melepasi pintu utama KMPP, maka secara rasminya aku tamat belajaq di sini. KMPP, forever in my heart, awh.

No comments:

Post a Comment